Thursday, June 18

EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG

EKSPEDISI BERAKIT ANTARABANGSA SUNGAI PAHANG 2009 WARGA KERJA TEKUN NASIONAL 24 MEI 2009 HINGGA 28 MEI 2009


Assalamualaikum n salam sejahtera,

Pada 24.5.09 - 28.5.09 rakan sekerja cik lin terlibat dalam menjayakan Ekspedisi Berakit Sg Pahang
. Sebagai menghargai dan memberikan sokongan kepada mereka yang terlibat, ramai juga kawan2 dari Kawasan berhampiran menghadirkan diri. Cik Lin macam biasa lah, mulalah mendapatkan foto2 untuk dijadikan kenangan bagi peserta2 ni. Bagi kawan2 yang x dapat dtg, bolehla tgk gambar2 kawan2 kita ni. Atas sebab faktor dan masa serta cik lin ada job lain x dapat cover pic perasmian di Temerloh pagi tadi, Walaubagaimanapun sebagai sokongan, cik lin dapat jugak hadirkan diri dan shot pic2 kawan2 berakit dengan hapy. Tahniah yer berjaya berakit.

1st day - 24/5/09 (Hentian Kuala Triang)
Selamat Datang ke Kuala Triang. Peserta TEKUN dengan jayanya berakit sejauh 32 km.

Kalo semua nak tahu sepatutnya mereka mereka berlepas awal pada hari perasmian. Rakit mereka awal2 malam tdi dah siap dan berada dibarisan hadapan. Tetapi oleh kerana rakit2 agensi lain siap kemudian n masing2 letakkan rakit mereka lgi kehadapan. Pagi2 jer mereka bila datang nak berakit , rupe2nyer dah berubah rakit dari kedudukan asal. sabar jer la abg2 suma yer.

Tapi dengar2 citer hebat jugak bayak jer potong rakit2 lain....
Dengan semangat dan bersungguh2 menghias rakit. Jam menunjukkan 7pm

Lagi bertambah semangat. Jam 7.55pm

Masih mampu tersenyum sambil menghias rakit

sempat memberikan pose menarik

Malam menjelma dan ada yang mengalami kecederaan. Paling membimbangkan keadaan khemah makin gelap. Nyamuk2 juga makin berleluasa. Kesian abg2 ini.

Akhirnya pelita ayam menjadi penyelamat keadaan. namun pelita ayam ini hanya bersinar gah didalam gambar, tidak didalam keadaan realiti sebenar..........

Dengan segala ikhtiar, akhirnya pelita kabat pula menjadi penyelamat keadaan. Syabas kepada semua yang berusaha.

wah!!!!!!akhirnya berjaya. Malaysia boleh. Lihatlah keadaan khemah dah terang bercahaya.


Khemah dah terang, hati dah senang, yang sakit dah dirawat, khemah pulak dekat dengan kedai makan so, masa main kerum kat kedai mak cik ni.


Ni plak makan time di Hentian Kuala Triang, Masing2 gelisah jer maklumlah dah penat2 berakit kena plak beratur panjang untuk makan. tu kira ok lae lar.......

Sampai jer turn kat tong nasi, nasi abis pulak dah....kena tunggu lae, tunggu punya tunggu, nasi x sampai2, lauk makin sikit....dah mula kipas2 pinggan abg2 kita ni....sabar kata makcik2 yg jaga makanan tu...."ada ha nasi...pakcik g ambil kat masjid" Akhirnya sambil2 tunggu makanan masing amik air dulu,pegang la cawan sorang satu tkut nanti air pulak abis. Sampai jer nasi abg kita ni pun makan ler dengan diiringi doa. amin................

Siap makan cik lin pun balik ke Temerloh. Esok datang semula...........


selesai kisah berakit 1st day untuk dikongsi..........bangun!!!!!!!!!!dah pagi sambung berakit......


2nd day 25/5/09 (Hentian Chenor)
Hari kedua abg2 ni pacak khemah bawah pokok besar. Tengok la akar2 kayu yang tergantung tu, macam misteri jer.....tapi cik lin x komen apa2.takut.....


Malam ni menu special abg2 ni ikan talapia bakar, import dari Temerloh. Sedap dan menyelerakan bau ikan talapia bakar ni. Sempat jugak cik lin belikan jagung bakar untuk abg2 ni dari pasar malam kat umah tadi.
Sedang asyik leka bakar ikan, angin kuat, kilat dan guruh dah kedengaran. hurm...satu lagi cabaran untuk abg2 ni....dah tu sedang elok la jugak ikan masak. Nampaknya ujan akan turun sekejap lagi.


Sekali lagi la abg2 ni kemaskan khemah2, tutup yang mana patut supaya tak kena tempias hujan.

Yang mana patut disendal, sendal sekuat mungkin supaya khemah kukuh dan tak terbang di bawa ribut.
Malam kedua abg ni dapat lampu yang lebih cerah. Baru nampak muker masing2. Ada gak khemah2 org lain gelap gelita n sunyi sepi jer. Selamatkan lampu supaya x kena air ujan ni.


Ni plak sesi letak batu untuk kukuhkan tali khemah.
Ujan dah mula turun, suma dah masuk khemah untuk selamatka diri.

Apa lagi masa untuk makan selepas berhempas pulas.


Menjamu selera


Menu malam ni



Nyum2.....sila2 makan abg2 suma..




Siap makan abg2 ni suma pun bersantai..ni suma selamatkan diri dari ujan. sebab tu lah terperok dalam khemah jer.


Tengok la gelagat abg2 suma ni sambil diterangi pelita kabat.


Akhirnya kami yang bukan pesertapun kena tumpang khemah dan menyibuk sebab ujan lebat sangat. Cian si kecil ni nanti demam kalo x tumpang berlindung.

Ucapan kami yang menyokong anda dalam aktiviti ini.

Tahun hadapan join lagi Expedisi Berakit Sg Pahang

No comments: